KEDEGILAN pemimpin DAP mengadakan semula pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) menunjukkan mereka khuatir akan kalah dalam pemilihan tersebut.
Berikut adalah kenyataan pemimpin-pemimpin akar umbi parti dan bekas pemimpinnya sebelum ini yang mempertikai tindakan kepimpinan DAP termasuk Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng yang berdolak-dalik dalam mengadakan semula pemilihan CEC:
1. Bimbang kalah

Guan Eng didakwa takut kalah jika pemilihan CEC diadakan semula ekoran wujud keraguan dalam pengiraan undi pemilihan parti itu Disember lalu.
Bekas Setiausaha Organisasi DAP Bahagian Jelutong, Mohamed Razali Abdul Rahman berkata, tindakan Ketua Menteri Pulau Pinang itu yang dilihat sengaja melengah-lengahkan masa juga menunjukkan sikap angkuhnya.