Ahad, 13 Januari 2013

TIGA PERSOALAN TERHADAP HIMPUNAN SHAMSIDAR

GABUNGAN Anti Penyelewengan  Selangor (GAPS) mempersoalkan tiga perkara terhadap apa yang berlaku pada Himpunan Shamsidar semalam.

BENARKAH SETENGAH JUTA?



Dakwaan  pembangkang bahawa kira-kira 500,000  menyertai Himpunan Shamsidar semalam  membuktikan pakatan itu terdesak demi  meneruskan kelangsungan politik mereka yang  dilihat kian suram di negara ini.
 
Rakyat seharusnya sedar bahawa tempat  berlangsungnya perhimpunan itu iaitu Stadium  Merdeka yang berusia hampir 60 tahun hanya  mampu menampung 30,000 orang.
 
Sebaliknya, rakyat perlu mengambil statistik yang  dikeluarkan pasukan keselamatan iaitu 45,000  hingga 50,000 peserta yang hadir. 

Kehadiran  Datuk Seri Anwar Ibrahim pada pukul 4 petang  turut 'menghalau' peserta yang hadir berikutan  pelbagai masalah akhlak yang menyelubungi Ketua  Pembangkang itu.
 
GAPS juga melihat sasaran satu juta peserta oleh  pebangkang sebelum ini sangat meleset yang  mana hanya lima peratus datang dan ramai  pesertanya terdiri daripada kaum Melayu iaitu  ahli-ahli Pas sekali gus menunjukkan parti itu  sekadar kuda tunggangan DAP dan Parti Keadilan  Rakyat (PKR).


KENAPA BERLAINAN KIBLAT DAN IMAM?



Turut mempersoalkan ialah tindakan segelintir peserta Himpunan Shamsidar  yang menunaikan solat dengan kiblat dan imam  berlainan semasa perhimpunan tersebut  berlangsung.

Tingkahlaku bertentangan ajaran agama  itu dilihat sebagai satu manifestasi peserta  terutama ahli-ahli Pas terhadap kekeliruan yang  mereka hadapi kini terhadap asas Islam  diperjuangkan parti.
 
Mengenali penganjur, Hishammudin iaitu  seorang ateis dan pengamal seks bebas, nampak  dia dan puaknya telah berjaya mempergunakan  Pas sehingga soal asas diperjuangkan Pas diambil  ringan pada perhimpunan ini.

DANA ASING REALISASIKAN PERHIMPUNAN?

Juga dipersoalkan, ialah dana  yang diperolehi pembangkang untuk menaja  semua peralatan perhimpunan termasuk baju  korporat pemimpin, peserta dan kain rentang  mereka yang dianggar bernilai ratusan ribu  ringgit.

GAPS mengesyaki berlaku penyaluran dana asing  daripada pihak yang berkepentingan seperti  perwakilan luar termasuk pihak sama yang  menggerakkan pertubuhan tidak berdaftar  biayaan penyagak mata wang George Soros,  Suara Rakyat Malaysia (Suaram).

Pembangakang perlu sedar bahawa strategi  mereka untuk menipu rakyat sememangnya  sia-sia dan tidak akan diterima kita. Insya-Allah  kebenaran akan terbit daripada kesalahan yang  dilakukan pembangkang ini.

Tiada ulasan: