![]() |
| TANGISAN balu Kanang |
PEMERGIAN Pahlawan Negara, Datuk Temenggung Kanang Anak Langkau dijadikan isu oleh penyokong pembangkang mengatakan penghargaan terhadap jasa wirawan contoh itu sepanjang hidupnya adalah membazir duit rakyat.
Blog Suara Pakatan Rakyat, mengatakan bahawa berlaku banyak pembaziran terhadap penghargaan jasa oleh kerajaan.
Katanya;
"Penulis kurang pasti berapa ramai dikalangan mereka ini yang masih
hidup, tapi kalau semua ini nak diadakan istiadat pengebumian negara
bila mati nanti, berapa banyak wang rakyat yang perlu dikeluarkan untuk
membiayai semua majlis tersebut?
"Setiap satu pingat kebesaran ini datang
dengan elaun tertentu yang dibayar kerajaan kepada penerimanya. Kalau
tidak salah penulis, penerima SP menerima RM 2,000 sebulan dan PGB
sebanyak RM 1,500 sebulan dan mendiang Kanang menerima kedua-duanya.
"Penulis tak tahulah orang lain
melihatnya bagaimana, tapi pada pendapat penulis, biasalah untuk askar
menembak dan ditembak. Sebab itu mereka dibekalkan senapang dan latihan
yang secukupnya bagi menghadapi situasi seumpama itu.
"Tidak lupa, dibayar gaji juga semasa berkhidmat dan pencen selepas bersara."
Sumber: http://suarapakatanrakyat.com

Gandasari geleng kepala dengan kedangkalan penulis ini. Sebenarnya Gandasari baru menemuramah penulis biografi Kanang: Cerita Seorang Pahlawan, Mejar
(B) Dr. Maznan Noordin baru-baru ini.
Jelas beliau, mendiang disifatkan sebagai seorang wirawan contoh yang
mengukir nama dengan darah serta air mata.
Katanya, penerima pingat Sri Pahlawan Gagah Perkasa (SP) itu
adalah ikon patriotisme yang akan abadi di hati rakyat buat selamanya.
"Kanang sanggup mengorbankan nyawa demi menyelamatkan maruah dan
kedaulatan negara. Mendiang dan anggota tentera lain begitu berani dan
bersemangat apabila berdepan dengan musuh, ini digambarkan dalam Operasi
Pukat yang mana Kanang berjuang habis-habisan menentang pengganas
komunis.
"Mendiang telah cedera parah ketika bertempur dengan pengganas
komunis, namun Kanang meminta rakan-rakan dalam pasukannya meneruskan
perjuangan menentang kumpulan pengganas berkenaan," kata beliau.
Apa yang meruntun jiwa Gandasari ialah ayat-ayat berikut;
"Selepas bersara daripada angkatan tentera pada 30 Mei 1986, Kanang
meneruskan kehidupan yang sederhana sebagai petani dan isterinya
berniaga secara kecil-kecilan untuk menampung perbelanjaan keluarga.
"Walaupun kehidupan Kanang agak perit selepas bersara, namun mendiang
bersyukur kerana semua pihak menghargai setiap pengorbanan yang telah
dicurahkannya kepada negara," ujarnya.
Gandasari sedih dengan wujudnya generasi yang tidak menghargai jasa tokoh-tokoh seperti Kanang. Apalah sangat beberapa peruntukan untuk menghargai jasa Kanang? Kenapa terlalu sempit pemikiran anda?
Mohon orang seperti penulis Suara Pakatan Rakyat memohon maaf terhadap kenyataan dangkalnya itu. Kalau tidak maka berdepanlah dia dengan kecaman daripada pecinta keamanan negara pada hari-hari berikutnya. Orang seperti penulis itu sepatutnya duduk dan bersemuka dengan Kanang dahulu. Barulah dia tahu langit tinggi atau rendah.
Gandasari - Penulis tu memang pukimak!

Tiada ulasan:
Catat Ulasan