Sabtu, 5 Januari 2013

PEMIMPIN CINA HENTAM DAP!!

Tindakan DAP yang  akhirnya ‘melantik’ calon Melayu dalam  Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) selepas  mendapat kecaman pelbagai pihak menyerlahkan  lagi amalan politik tangkap muat atau politics of  expediency parti cauvinis Cina berkenaan.

Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong  berkata, DAP sanggup melakukan apa sahaja  biarpun perkara itu bertentangan dengan nilai  demokrasi dan prinsip parti, asalkan mereka  mendapat laba politik daripada tindakan  berkenaan.



“DAP sanggup melanggar norma integriti demi  kepentingan politik sempit mereka. Mereka tidak  kira dilabel cakap tak serupa bikin asalkan mereka  mendapat apa yang mereka mahu. Untuk kita  mentadbir negara, tidak boleh ada sikap ini kerana  ia akan menyebabkan negara huru-hara,

“Bagi DAP, kalau ada kepentingan untuk mereka,  mereka akan membuat perkara itu tapi jika  sebaliknya, mereka bantah sekeras-kerasnya dan  tidak konsisten. Kita tengok mereka ketuk  Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kerana tak adil,  kita lihat sekarang, siapa yang terbukti tidak adil?,”  soalnya.
Semalam, dalam pengumuman yang  menghairankan banyak pihak terutama dalam  kalangan ahli parti itu sendiri, DAP mengakui  kesilapan pengiraan undi yang sekali gus  mengembalikan wakil Melayu ke dalam CEC.

Apa yang menghairankan adalah keputusan undi  untuk calon, Zairil Khir Johari yang pada mulanya  menerima 305 undi kini menerima 803 undi pula,  menyebabkan beliau diletakkan di tangga ke-20  dan secara automatik terlantik ke dalam CEC.

Dalam pada itu, bekas pengasas Parti Keadilan  Rakyat (PKR), Ng Lum Yong pula mencabar DAP  melakukan pemilihan CEC semula memandangkan  berlaku apa yang dilihat sebagai penyelewengan  undi pada Kongres Kebangsaan ke-16 parti itu  sebelum ini.

 Beliau berkata, cabaran tersebut perlu disahut  DAP dengan membubarkan CEC sedia ada kerana  jawatankuasa itu dilihat tidak sah dan boleh  dipertikaikan.

"Pendaftar Pertubuhan (ROS) perlu membuat  siasatan secara terbuka berhubung pemilihan  tersebut kerana banyak berlaku penyelewengan.  Kita hairan kenapa selepas tiga minggu baru DAP  mahu mengakui kesilapan.

"Sekiranya mempunyai prinsip, Pengerusi Bersih,  Datuk S. Ambiga juga perlu menunjukkan  ketelusan dalam memperjuangkan pilihan raya  yang adil dengan menyiasat pemilihan DAP ini,"  ujarnya.



Tiada ulasan: