Pengarah Kebangsaan Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Noraini Ahmad
Khalil Saperi berkata, Nik Aziz tidak akan bersara kerana terlalu taksub
dengan jawatan Menteri Besar Kelantan yang disandangnya sekarang.
"Nafsu politiknya masih belum puas dan agama digunakan sebagai alasan
mengekalkan kuasa walaupun tidak mampu melaksanakan tugas sebagai
Menteri Besar," katanya.
.
Noraini mengulas kenyataan Nik Aziz yang berhasrat mahu bertanding
lagi dalam pilihan raya umum akan datang meskipun ramai yang berharap
beliau bersara daripada politik memandangkan keadaannya yang semakin
uzur.
Menteri Besar Kelantan itu juga berdolak-dalik apabila ditanya
tentang janji beliau mahu berundur daripada politik sekiranya bekas
Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berbuat demikian.
Menurut Noraini, Nik Aziz akan memberi pelbagai alasan untuk kekal
berkuasa di samping menjadikan agama sebagai topeng menyembunyikan nafsu
politiknya.
"Sepanjang pengetahuan saya, belum ada di dunia ini seorang ulama
tulen memasuki gelanggang politik atau memegang jawatan politik,"
katanya.
Beliau turut melahirkan rasa kesal dengan sikap Nik Aziz yang sanggup
membuat janji palsu, mengkafirkan saudara seagama dan memaki hamun
sesama Islam semata-mata mahu mengekalkan kuasa politik dan kedudukan
Menteri Besar Kelantan.
"Nik Aziz mahukan kuasa untuk nafsu diri sendiri dan bukan untuk berkhidmat kepada rakyat," jelasnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan