Rabu, 16 Januari 2013

NGO Islam hentam Patrick Teoh!

Patrick di laman  Facebooknya yang menghina Islam apabila  mengaitkan perkataan al-Quran dalam kata-kata  kesat beliau sambil memperlekeh amalan solat  dan menutup aurat umat Islam sebagai reaksi  kepada tindakan Kerajaan Pas Kedah  membenarkan sambutan Tahun Baru Cina di  negeri itu.

Antara NGO yang menghentam Patrick ialah  Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (Pembela)  yang mewakili 40 pertubuhan bukan kerajaan  (NGO) dan Pertubuhan  Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia  (Muafakat).


Mereka meminta pihak berkuasa agama  dan keselamatan didesak mengambil tindakan  tegas terhadap Patrick Teoh atas tindakan  pelakon itu.

"Pembela memandang serius kenyataan Patrick  ini kerana kenyataan tersebut menghina kesucian  amalan solat, menutup aurat dan menggunakan  perkataan al-Quran dalam kata-kata kesatnya itu.  Tiada kompromi terhadap individu seperti Patrick  ini."

AMINUDDIN YAHYA
Pengerusi Pembela

"Pertubuhan-pertubuhan Islam termasuk  parti-parti politiknya harus segera memandang  serius gejala negatif ini daripada terus menular sehingga memberi impak terhadap keharmonian  antara masyarakat berbilang agama di negara  ini."

ISMAIL MINA
Presiden Muafakat

Tiada ulasan: