DAP didakwa cuba bertindak licik menutup kesilapan mereka dalam proses pengiraan undi Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) baru-baru ini apabila enggan mengadakan pemilihan semula.
Bekas Ketua Cawangan Sg Pelek, Tan Tuan Tat mendakwa, DAP cuba ‘menyembunyikan’ isu berkenaan walaupun sudah mendapat tentangan terang-terangan daripada ahli-ahli DAP sendiri supaya mengadakan pemilihan semula untuk membersihkan nama parti.
“Apa yang sedang disembunyikan oleh mereka? Memang semua tahu terdapat unsur manipulasi dalam pemilihan itu, kenapa tidak mahu bersikap telus seperti slogan-slogan mereka?
“DAP tidak demokratik kerana tidak mahu mendengar rintihan dan kesangsian ahli-ahlinya sendiri. Sebelum ini, Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng sendiri meminta sesiapa yang tidak berpuas hati untuk membuat aduan dengan parti.
“Apabila aduan dibuat kepada parti, mereka pula enggan melayan sehingga memaksa beberapa ahli untuk membuat laporan dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS),” katanya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan