Isnin, 7 Januari 2013

KALIMAH ALLAH: BISHOP KATHOLIK MAHU MASUK PAS!!

"UMNO tidak akan hukum Pas kerana banyak salah guna Islam. Allah SWT yang akan hukum. - Tun Dr. Mahathir Mohamad
 

PERMINTAAN Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng supaya kalimah Allah boleh digunakan dalam Bible versi Melayu membuka ruang terbaharu untuk pelebaran sayap fahaman pluralisme di negara ini.

Melalui strategi tersebut menunjukkan ejen-ejen perosak Islam dengan mempromosikan kesamarataan dalam agama meskipun ia terang-terangan bercanggah dengan ajaran Islam.

Sehubungan itu penggunaan kalimah Allah hanya boleh digunakan oleh penganut Islam dan bukannya penganut  agama-agama lain.



Penggunaan kalimah Allah oleh penganut agama-agama lain terutama dalam konteks negara Malaysia sememangnya amat tidak sesuai.

Gandasari juga ingin menjelaskan bahawa fahaman Tuhan adalah sama dalam semua agama seperti yang dianjurkan oleh fahaman pluralisme, merupakan satu fahaman yang tidak betul.

Pas sebagai parti berlabel Islam seharusnya mencerminkan penolakan secara total terhadap kenyataan Guan Eng yang mempin parti Cauvinis Cina terdiri daripada penganut Kristian dan Buddha.

Namun begitu, Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu menegaskan parti itu kekal dengan keputusan menyokong penggunaan kalimah Allah untuk penganut bukan Islam seperti yang diputuskan oleh Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada 2010.

Beliau yang dilihat seolah-olah memandang ringan kemarahan umat Islam dalam isu tersebut berkata, polemik kalimah Allah hanya timbul di Semenanjung tetapi tidak pernah menjadi isu dalam kalangan penganut Islam dan Kristian di Asia Barat serta Sabah dan Sarawak.

Berikutan itu, Bishop Katholik, Dr. Paul Tan Chee Ing lega dengan kenyataan Mohamad Sabu itu sambil berkata, kenyataan Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang menjelaskan kalimah Allah hanya untuk orang Islam amat memeranjatkan dan bertentangan dengan kesepakatan dicapai pakatan pembangkang berhubung perkara itu tiga tahun lalu.

"Jaminan Mohamad Sabu bahawa pendirian yang dibuat tiga tahun lalu masih kekal adalah satu kelegaan yang besar," katanya seperti dipetik dalam portal berita propembangkang, Malaysiakini.

Apa sudah jadi dengan Pas? Apakah pendirian rasmi Pas sebenarnya?

Gandasari - Pasal politik, agama tungang-langgang.

Tiada ulasan: