KENYATAAN AKHBAR YB DATO DR HASAN MOHAMED ALI MENGENAI ULASAN YB AZMIN TERHADAP PENGGUNAAN KALIMAH ALLAH
Saya yakin sebahagian rakyat Malaysia khususnya dikalangan masyarakat Melayu Islam agak tersentak mengikuti ulasan Timbalan Presiden PKR YB Azmin Ali mengenai keputusan Majlis Syura Ulama PAS yang sama sekal itidakmembenarkan kalimah Allah diterjemah dalam apa bahasa pun termasuk digunakan di dalam Bible berbahasa Melayu.
Saya yakin sebahagian rakyat Malaysia khususnya dikalangan masyarakat Melayu Islam agak tersentak mengikuti ulasan Timbalan Presiden PKR YB Azmin Ali mengenai keputusan Majlis Syura Ulama PAS yang sama sekal itidakmembenarkan kalimah Allah diterjemah dalam apa bahasa pun termasuk digunakan di dalam Bible berbahasa Melayu.
Kenyataan yang dikeluarkan oleh Azmin menggambarkan keangkuhan dan kebiadaban pemimpin PKR itu sebagaiseorang Muslim dan sebagaiseorang Melayu.Tidak terfikir dikepala kita ada pimpinan Muslim yang latarbelakang keluarga begitu hampir kepada Islam mengeluarkan kenyataan yang disifatkan sebagai biadab seperti yang dipaparkan dalam media kelmarin.
Inti kenyataan beliau boleh disimpulkan seperti berikut:
1. Menyanggah keputusan yang dibuat oleh Majlis Syura Ulama PAS yang merupakan badan tertinggi dalamstruktur parti PAS berhubung dengan dasar-dasar parti;
2. Secara sombong dan bongkak memperakukan keputusan yang dibuat oleh Majlis Presiden Pakatan Rakyat mengenaiisuini. Gambaran yang diberiseolah-olah Majlis Presiden menduduki tempat yang supreme yang tidakboleh digugat oleh mana-mana parti komponen Pakatan Rakyat termasuk PAS. Supremacy iniseharusnya dipertahankan walaupun keputusan tersebut menyalahi peraturan agama Islam yang suci. Kesucian itu termasuklah soal aqidah yang bagi orang PAS merupakan segala-galanya;
3. Kejahilan Azmin tentang kronologi peristiwa yang berlaku dalamana mesyuarat Majlis Presiden membuat keputusan mengenai kalimah Allah mendahului keputusan yang dibuatoleh Majlis SyuraUlama. Dalamsistem parti PAS perkara-perkara pokok mengenai Islam semestinya mendapat pengesahan MajlisSyura Ulama. Dalamkes ini apa yang berlaku adalah sebaliknya;
4. Azmin gagal memahamiperasaan,citarasa,hati kecil dan komitmen ahlidan penyokong PAS yang sentiasa memperjuangkan kesucian agama Islam dan biasanya akur dan patuhk epada keputusan-keputusan golongan ulama termasuk Dewan Ulama dan pastinya Majlis Syura Ulama PAS;
5. Kenyataan Azmin tidak mungkin dapat meredakan keadaan. Ahli dan penyokong PAS yang sudah ditarbiah sedemikian rupa tidakmudah tunduk kepada mana-mana keputusan yang membelakangkan prinsip Islam. Mereka tidak akan tunduk kepada mana-mana individu pimpinan yang diberi kata pemutus didalamMajlis Presiden kecualipimpinan PAS,yang terdiridaripada mereka yang bukan Islam dan kalaupun Muslim amalan Islam mereka diragukan.
Saya ingin menarik perhatian semua pihak supaya merenungkan perkara-perkara berikut :
1. Apakah kedudukan keputusan dan resolusiMajlisSyuraUlama PAS yang telahsebulat suara menolak kalimah Allah untuk diguna pakai dalam Bible berversi Melayu?
2. Pada masa yang sama bagaimana pula status keputusan yang dibuat oleh Majlis Presiden Pakatan Rakyat yang membolehkan kalimah Allah digunakan?
3. Sehingga ini pimpinan PKR DAP kecuali Azmin belum memberi sebarang ulasan sedangkan kenyataan bersama Majlis Presiden Pakatan dikeluarkan oleh ketiga-tiga pimpinan utama. Dato Seri Anwar Ibrahimmewakili PKR, Lim Kit Siang mewakili DAP dan Dato Seri Hadi Awang mewakili PAS.
4. Dikalangan saf pimpinan PASsendiridi luar daripada Majlis Syura Ulama belum muncul lagi ulasan terhadap status kedua-dua keputusan yang dibuat oleh Majlis Syura PAS dan Majlis Presiden Pakatan.
5. Adakah pimpinan PAS dan Pakatan Rakyat terus menidakkan kewujudan undang-undang, enakmen dan fatwa yang telah dikeluarkan? Jika keadaan ini berterusan sepertiapa yang adasekarang bermakna PAS dan Pakatan Rayat secara sewenang-wenangnya mencabulkeluhuran undang-undang dan peraturan yang ada.
Gambaran yang ada dihadapan kita sekarang ialah pimpinan PAS bebas membuat keputusan mewakili partidalamhal-hal yang menyentuh dasar dengan membelakangkan Majlis Syura Ulama.Tidakkah ini akanmewujudkan precedent yang tidak sihat yang akan menggugat keutuhan parti itu. Majlis Syura Ulama barangkali perlu melihat semula perkara ini supaya amalan mengenepikan Majlis Syura tidak menjadisesuatu yang boleh di lindungi dan dipertahankan.
Oleh kerana isu ini besar dan mempunyai implikasi yang mendalam terhadap aqidah umat maka wajib bagi semua pihak, PAS Rakyat membuatpenyelesaian yang muktamad terhadap isu yang masih tergantung-gantung ini.
Apakah Pakatan Rakyat mampu ke Putrajaya dengan isu-isu besar yang belumselesai termasuk isu yang dibincangkan ini?
YB DATO DR HASAN MOHAMED ALI
Presiden JATI Malaysia
TTDI Kuala Lumpur
18 Januari 2013

Tiada ulasan:
Catat Ulasan