Sabtu, 5 Januari 2013

Jangan terpedaya helah DAP

DALAM pengumuman yang menghairankan banyak  pihak terutama dalam kalangan ahli parti itu  sendiri semalam, DAP mengakui kesilapan  pengiraan undi yang sekali gus mengembalikan  wakil Melayu ke dalam CEC.

Apa yang menghairankan adalah keputusan undi  untuk calon, Zairil Khir Johari yang pada mulanya  menerima 305 undi kini menerima 803 undi pula,  menyebabkan beliau diletakkan di tangga ke-20  dan secara automatik terlantik ke dalam CEC.

Orang Melayu diingatkan  supaya tidak terpedaya dengan helah yang  dirancang DAP untuk meraih sokongan kaum  tersebut.

Hakikatnya, parti chauvinis Cina tersebut tidak  akan berkompromi dengan nasib orang Melayu  seperti yang berlaku di Pulau Pinang kini.


Gandasari tidak terkejut satu hari nanti Setiausaha  DAP, Lim Guan Eng memakai songkok untuk  meraih simpati masyarakat Melayu seperti yang  dilakukan bekas Perdana Menteri Singapura, Lee  Kwan Yew sebelum ini.

Kini kononnya berlaku 'kesilapan' pada pemilihan CEC, seorang wakil  Melayu diletakkan, ini semua sampah kerana kita  semua tahu tujuan sebenar DAP.

Gandasari mencabar parti pimpinan Guan  Eng itu melakukan pemilihan semula CEC sekira  benar mendokong demokrasi dan ketelusan.

Gandasari juga khuatir jika strategi politik  yang dimainkan DAP tersebut diaplikasikan dalam  pilihan raya akan datang bagi membeli undi untuk  menjamin kemenangan mereka.

Secara jelas, ketelusan dan dokongan demokrasi  DAP amat lucu dan boleh dipertikaikan. Matlamat  hakikinya adalah untuk menipu kita sebagai orang  Melayu di samping melebarkan sayap politik  perkauman mereka di negara ini.

Kecenderungan DAP untuk mengaburi mata orang  Melayu telah berakar lama dalam parti  berkenaan.

Akibat gelisah dengan penolakan  kaum tersebut, parti berkenaan sanggup  melakukan apa sahaja termasuk 'mengorbankan'  Pengarah Pilihan Raya DAP, Pooi Weng Keong  untuk menjayakan matlamat tersebut.

Memang jelas DAP akan memanipulasikan apa  saja demi kepentingan politik mereka. Putar-belit  DAP ini satu perkara yang tidak luar biasa, kita  harus sentiasa berwaspada dengan  chauvinis-chauvinis ini.

Tiada ulasan: