Khamis, 17 Januari 2013

GELOMBANG HANCURKAN GUAN ENG MEMBARA!!

SELEPAS lebih 50 orang yang terdiri daripada masyarakat India dari Taman Supreme, Perai di sini mengadakan demonstrasi aman bagi membantah keputusan pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP pada Disember lalu yang disifatkan sebagai tidak telus, gelombang bantahan itu dilihat semakin mengganas.

Esok, Naib Pengerusi DAP Cawangn Ladang Regent Negeri Sembilan, Chelvam Kathan dan Setiausahanya, Subramaniam Munusamy akan membuat aduan berhubung skandal 'salah kira' pemilihan DAP kepada Pejabat Pendaftar Pertubuhan  Cawangan Negeri Sembilan, Jalan Tuanku Antah, Seremban, Negeri Sembilan.

Gandasari amat gembira dengan kesedaran puak-puak ini terhadap ketelusan. Mereka bukan Lim Guan Eng, Lim Kit Siang dan Karpal Singh. Mereka adalah orang bahawa yang mempunyai hati nurani sendiri.

Seperti akar umbi Pas, golongan dalaman DAP ini sedar dengan kepincangan DAP. Mereka tahu persepsi yang cuba dibawa pemimpin-pemimpin tertinggi mereka bahawa DAP telus adalah sesuatu yang hipokrit dan perlu dipertikaikan.

Gandasari pernah secara peribadi bertukar pendapat dengan Pengerusi DAP Taman Chi Liung Indah, K. Yogasigamany, katanya golongan pembantah dalam parti semakin ramai dan kuat ekoran kesilapan pengiraan undi dalam kongres parti itu baru-baru ini. 

Katanya, pemilihan semula itu sangat penting untuk membersihkan nama parti yang tercalar akibat kesilapan 'teknikal' seperti yang didakwa.

"Kami mewakili suara akar umbi sangat kecewa dengan apa yang berlaku. Ini perkara yang paling memalukan parti.

"Pemilihan semula akan mencerminkan ketelusan serta integriti parti kepada umum yang rata-rata kini sudah mula hilang keyakinan terhadap parti ini," katanya.

Yang pasti pada Gandasari, DAP secara keseluruhannya perlu ditolak. Semasa bercakap dengan Yogasigamany, Gandasari terpaksa menahan kebencian dalam diri sendiri terhadap beliau, yang lebih dikenali Yoga.

Kenapa memilih perjuangan cauvinisme DAP sebelum ini? Pasti perkara ini akan berlaku, justeru jangan mencari simpati. DAP akan terus rasis, Pas akan terus menyalahgunakan agama dan PKR akan terus memperjuangkan Datuk Seri Anwar Ibrahim semata-mata.

Perkara ini tidak akan berubah walaupun seribu tahun lagi.

Gandasari - sudah matang.


Tiada ulasan: