Sabtu, 5 Januari 2013

DAP PANIK!

DAP kini berasa panik  dan terdesak dalam meraih sokongan daripada  kaum Melayu di negara ini menjelang pilihan raya  umum akan datang.

Keadaan terdesak itu telah mewajarkan DAP untuk  melanggar norma demokrasi serta  'mengorbankan' ahli parti itu sendiri.


Gandasari fikir tiada siapa percaya kesilapan pengiraan  melibatkan 500 undi, kalau perbezaannya kurang  dari 10 ke 20, tak apalah tapi kurang 500  memang tidak masuk akal. Rakyat Malaysia tidak  akan terpedaya dengan kepura-puraan ini.
 
Perkara ini turut menunjukkan kelemahan besar  dalam pengurusan demokrasi dalam pemilihan  tempoh hari. Kini terbukti DAP akan melakukan  apa sahaja semata-mata untuk mengaburi mata  rakyat," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
 
DAP sebagai parti didominasi  kaum Cina turut bijak memilih calon Melayu  mereka iaitu Zairil, anak kepada bekas Menteri  Pelajaran yang tidak mempunyai kecenderungan  untuk memperjuangkan nasib kaum tersebut di  negara ini.
 
Guan Eng bijak memilih Zairil memandangkan jiwa  Melayunya tidak tinggi. Pelantikan ini  memudahkan lebih banyak tindakan dan polisi DAP  yang menindas dan bertentangan dengan  sensitiviti orang Melayu dilakukan tanpa  tentangan,” ujarnya.

Tiada ulasan: