Ahad, 16 Disember 2012

Orang Melayu perlu sedar - Tunku Abdul Aziz

ORANG Melayu harus sedar dengan kenyataan bahawa DAP akan terus bersikap cauvinis dan perkauman terhadap keahlian dalam parti tersebut.

Dinasti Lim yang dominan dalam DAP semestinya mahu kaum Cina mempertahankan status quo dan sekiranya perlu, mereka ingin menyingkirkan semua bangsa lain dalam parti berkenaan.

Ketika menjawab persoalan tersebut, bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz  Tunku Ibrahim berkata, kini keadaan secara jelas membuktikan orang Melayu sememangnya tidak boleh meletakkan kepercayaan kepada parti berkenaan.
Beliau berkata, orang Melayu perlu menerima  hakikat laungan DAP untuk membantu mereka  hanyalah sekadar retorik dan cakap  semata-mata.

``Apa yang berlaku di Kongres DAP semalam  seharusnya menyedarkan orang Melayu yang  parti ini tidak boleh diharapkan untuk membela  nasib kita.

``Oleh itu kita sebagai orang Melayu jangan  percaya kepada DAP. Jangan percaya kepad DAP.  Mereka hanya pandai cakap sahaja,’’ katanya.

Beliau mengulas kegagalan lapan calon Melayu  menjadi anggota CEC DAP ekoran gagal mendapat  sokongan jitu daripada pihak perwakilan di dalam  pemilihan sempena berlangsungnya kongres parti  tersebut di Pulau Pinang, semalam.

Dalam pemilihan itu  calon Melayu yang mendapat  undi tertinggi iaitu sebanyak 348 undi, Senator  Ariffin S. M. Omar hanya berada di tempat ke-37  daripada 63 calon yang bertanding.

Yang turut tidak terpilih ialah bekas Ahli CEC bagi  penggal 2008-2012, Ahmad Ton yang juga Naib  Pengerusi DAP Johor dan mendapat 327 undi  untuk berada di tangga ke-38.

Gandasari memandang serius seruan Tunku Abdul Aziz ini memandangkan beliau turut menjadi mangsa kerakusan cauvinisme Dinasti Lim sebelum ini.

DAP akan terus menjadi parti cauvinis Cina dalam pembangkang, itulah hakikatnya. Retorik bahawa mereka terdiri daripada pelbagai bangsa adalah mitos semta-mata.

Tiada helah lagi selepas ini oleh Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang untuk menolak perkara ini. DAP akan terus menghancurkan permuafakatan Melayu Islam dan akan memastikan orang bukan Islam memegang secara total pemerintahan negara ini.

Apa-apa pun, Gandasari mahu melihat apakah reaksi Pas yang terdiri daripada orang Melayu. Adakah mereka akan merelakan fakta bahawa rakan satu pakatan mereka ini tidak rasis.

Gandasari - DAP terbukti rasis dan cauvinis

Tiada ulasan: