Beka Ketua Penerangan Pas Selangor, Hassan basri ketika mengulas buku 'Kafirkah Aku' jelas menempelak tentang kecelaruan ucapan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang kini turut mengiktiraf Perlembagaan Persekutuan yang dulu menjadi asas mengkafir UMNO dan BN kononnya mengekalkan undang-undang penjajah.
Antara 'amanat baru' yang diceramahkan pada 18 jan 2003;
"Justeru Negara Islam dan pelaksanaan hudud dan syariat menjadi punca perpecahan Barisan Alternatif maka Pas mengambil satu pengorbanan dan ijtihad besar dengan tidak memasukkan persoalan Negara Islam dan hudud di peringkat persekutuan.
"Peruntukan mengenai islam adalah mencukupi dalam perlembagaan persekutuan. Seandainya menang kita akan menubuhkan kerajaan demokratik dan adil di peringkat persekutuan"
Atas ucapan itu, Hassan Basri menegaskan supaya Abdul Hadi menarik balik amanat dan memohon maaf kepada umat Islam seluruh negara lantaran amanat ini mengakibat perpecahan ketara umat islam.
Usaha pimpinan Pas menempelak saranan mufti jelas menunjukkan keangkuhan mereka tetapi segera tunduk dan patuh apabila DAP membantah penguatkuasaan salon di Kelantan.
Menifesto yang disepakati oleh pakatan rakyat dalam Buku Jingga dengan menggugurkan Negara Islam dan hudud malah menerima pakai Perlembagaan Persekutuan sekarang membuktikan lagi bahawa amanat Abdul Hadi itu adalah salah dan bertentangan dengan ajaran islam.

1 ulasan:
PAS yg diterajui oleh Hadi TGNA dan majlis ulama PAS harus di insafkan dan ditunjukan jalan yg benar bukan main sesatkan umat dan menuduh org islam itu sebagai kafir tetapi dlm masa yg sama bersorak bila org melayu di kafirkan / peliwat diangkat sebagai ketua dan takut pada rocket yg dah sampai bulan.
Cabaran utk majlis ulama PAS bila lagi nak keluar fatwa yg semua org kafir dlm DAP tu lebih islam dari org islam yg bukan ahli PAS.
betul2 ulama PAS otak letak dikepala lutut manakala hati nurani digadai kepada DAP dan peliwat anatarabangsa.
Catat Ulasan