"Dia (Nurul Izzah Anwar) tidak boleh menafikannya, sesiapa pun tidak boleh buat cerita, kita ada rakaman, every word (setiap perkataan) kita rakam."
Demikian reaksi ahli Majlis Peguam, Siti Zabedah Kasim berhubung kenyataan bahawa hak kebebasan beragama perlu diguna pakai sama rata, termasuk orang Melayu seperti yang disebut oleh Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah dalam sebuah forum baru-baru ini.
Menurut Siti Zabedah, kenyataan Nurul Izzah bagi menjawab soalannya dalam forum itu sangat jelas dan difahami maksudnya oleh para hadirin forum berkenaan.
Penegasan terbaru Siti Zabedah itu ekoran pendirian Nurul Izzah mahu menyaman media arus perdana dan media alternatif yang didakwa memutar belit kenyataannya serta mengelak mengulas berhubung kenyataannya berhubung isu tersebut sebelum ini.
Ia berikutan penafian Nurul Izzah terhadap isu berkenaan dengan menyatakan bahawa terdapat pihak yang cuba memutarbelitkan kenyataannya berhubung isu paksaan dalam agama melibatkan masyarakat Melayu di negara ini.
Siti Zabedah bukanlah orang terbaik untuk dipetik kenyataannya namun beliau adalah saksi terhadap kenyataan itu perlu bersuara untuk menegakkan kebenaran. Gandasari pasti rakyat memahami arah tuju politik pemimpin PKR ini.
Gandasari - jadi ahli politik kenalah berintegriti.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan